Saturday 6 October 2012

Tayar? nyawa? wang?

Hye Assalamualaikum Salam sejahtera Selamat malam.. huhu.. panjangnye..

Okay, Pertamanya nak cakap Akaun Fb aku da tutup. kenape tutup? jawapannye mudah. sakit hati. huhu. Alah. tutup akaun fb je kot. tak mati tak. kan kan kan? hehe.

Aku tak nangis kalu tutup akaun fb, tapi aku nangis kalau motor aku rosak teruk, eksiden, atau ape2 yang menyebabkan die tak boleh digunakan gitu. huhu. sies. nangis weh mase membe ku bawak moto pas tu eksiden. punye lah sayang. huhu. awek sendiri (dulu-dulu) blah g kat laki lain pon aku wat lek je. hehee..

Aktuali (koya) aku nak kongsi sikit cite pasal tayar motor ni. kenape moto? bukan kete? sebab aku masih belum mampu nak pakai kereta. =.=" tapi tak ape lah janji moto aku lawa. haha. lain punye hal sikit tak amek pot.

baru-baru ni tayar moto aku da botak. sampai da nampak tiub kat dalam tu. huhu. malas punye nak tuka, jadi aku wat keputusan nak tuka taya moto nih. jadi aku pon wat sikit research bedasarkan harga dan kualiti tayar ni. peh. moto je kot. haha.

pedulik ape aku? bia la~ haha.
 ~MICHELIN~





untuk pengetahuan tayar yang aku pakai sekarang ni jenis Michelin Pilot. orang kate tayar ni bagus, harge pon bole tahan mahal mase beli dulu. 1 tu je die jual sampai RM100. sepasang? siap pasang? haha. juling jugak nak bayar.

7 bulan pakai tayar ni banyak kali nak tersembam. mungkin sebab kecuaian sendiri, tapi sies bagi aku tayar ni kureng dari segi prestasi. kenape? walaupun tayar ni made by compund rubber, mase selekoh agak best, tapi, bile hujan tayar ni out. kalau biasenye hari cerah aku bole bwk sampai 160 lentok punye meter moto, tapi bile ujan 40 je. risau giler ku. haha. kedai pon tak banyak jual tayar ni sekarang. sebab banyak komplen.

setiap kekurangan ade kelebihan die jugak. sepanjang 7 bulan pakai tayar ni, tak pernah bocor tiub ni. ajaib pulak rase. huhu. padahal jauh jugak jalan. konvoinye lagi. tu yang best pasal tayar nih. huhu.

bagi kebanyakan pengguna ramai pakai FKR, ni pon best, tapi ad khabar angin kate tayar ni ade local punye sekarang, banyak dah kat pasaran. betul ke? tak dinafikan tayar ni memang keras. tapi bole tengok berapa kali tayar ni bocor. aku da pakai dan memang rugi. 3 bulan pakai tuka. tak tahan asyik nak tuka tiub je. huhu. tapi tayar ni memang murah. rm30 pon da bole dapat. murahnye~

tapi baik berbelanja lebih untuk nyawa kan? jadi ade beberapa jenis brand tayar motor untuk kegunaan harian pengguna. tahan pon tahan.

ramai tak tahu pengeluar tayar kereta pon ade buat tayar moto. contohnye macam Bridgestone. brand ni dah lame tapi sangat susah nak cari kat kedai. huhu. mahal pon bole tahan bile satu tu RM250 die jual. name die Battlax kalau tak silap. memang best mase selekoh, kona la sampai cecah lutut moto masih meluncur, dalam hujan membe siap menganjing wekang lagi. pui~ belagak. haha. mahal bole la.




~Bridgestone Battlax~




kemudian ada brand dari Maxxis. yang bagus Maxxis diamond 3D. peh cakap, lekat atas jalan biapon ujan. harga agak murah sikit dalam RM120 satu. murah? masih mahal..

 ~Maxxis Diamond~


lagi satu tayar ni baru aku denga dari sepupu aku yang pakai. brand Corsa. tak pernah denga, tapi bile ku cube bawak rase best pulak. layan kona, brek tayar tak hilang imbang. seronok tok wat ride. huhu. lupe pulak tanye brape harga die tapi best lah senang cakap. huhu.

 ~Corsa~


sebenarnye banyak lagi yang best kat pasaran tapi tepuk dada tanya selera, walaupun orang kate, "alah. motor je kot".. tapi tengok la statistik tu siapa duduk tempat paling tinggi, memang kecuaian tu faktor nombor 1, tapi faktor kondisi motor tu sendiri kene ambil kira, titik beratkan. ini baru tayar, lain-lain? kite kongsikan bile ada masa nanti ya.. dah malam ni. huhu. mata pon koyak gitu. jadi?

aku bagitau je. lain2 pandai2 la. huhu. salah silap harap maaf. sekian. Assalamualaikum.. :) 

Tayar da botak. nak tuka tayar ape ye? huhu.

Wednesday 26 September 2012

Blog Aku, Blog Mereka~

Assalamualaikum Salam Sejahtera selamat tengahari.. :)

lame dah tak update entri.. ehe. sibuk sikit tatkala kerja biarpon baru praktikal. heh~

Sebenarnye dalam seminggu due ni banyak buat bacaan kat blog otai2, blog yang gempak gitu. wewet~ haha..

Setiap Blog nampak die punye hala tuju, ade yang saje2, ade yang ke politikannya, ada yang suke hentam orang.. (suke bace). haha. Kemudian terfikir. jap. Hala tuju Blog aku? haha.. (nampak sangat selame ni membabi bute) =.="

Pertama sekali datangnye niat nk publish blog sendiri ni lepas bace entri2 best kaki blog macam Abang Ben, blog cantik Akak Yuyu, Kartun Abang Nazha, lagi 1 banyak wat aku ketawa sorang bile bace entri2 die ni Abang Prince Of Noob.. Serius buasir otak aku bace entri die. huhu..

ade mase lapang je curi-curi bukak blog diorang. sampai jem PC dibuatnye banyak sangat Tab bukak sebab malas nak click satu2.. huhu..

Rasenye seronok lagi bace blog dari bukak FB, Twitter tengok status update ntah ape2.. huhu..

As The Result, aku masih jauh tertinggal di belakang! huhu.. Bukan ape tapi kadang2 (selalunya) malas nak bukak surat khabar, tengok berite.. aku tak suke tengok atau bace benda2 yang formal ni.. selalunye bile bace panjang2 (surat khabar), bile abes bace tak faham.. =.="        aduh.. ape pon tak boley~
cara Blogger2 agak memudahkan ku dapat info2 sebab cara penyampaian diorang yang sempoi, bersahaja tetapi ada maksud, makna, pendapat, fakta.. peh.. huhu. terbaik wok!

Sebelum aku melalut baik abeskan cepat.. huhu.. salah silap mohon terasa maaf.. hehe..

Assalamualaikum.. :-)



 Gambar yang tak ade kene mengene.. huhuhu~ pui!

Thursday 13 September 2012

Dunia Akhir Zaman~




Assalamualaikum.. Selamat pagi,, Alhamdulillah syukur Allah masih beri kita kesempatan bernafas tatlaka dunia menginjak ke ke "akhir zaman".

Entri kali ni nak cakap pasal Manusia Akhir Zaman,

Saya bukanlah seorang yang kuat ilmunya, cukup imannya juga masih mentah, tak cukup garam untuk berkata sejauh ni. Tapi Allah S.W.T beri kita akal untuk berfikir, budak sekolah pon berfikir panjang bila disentuh akan perkara ni.

Series, saya pon tak lah dikatakan terlalu baik jika dibandingkan dengan orang lain, tapi apa yang berlaku sekarang bagi saya agak melampaui batas kita sebagai seorang manusia, hatta seorang yang bergelar orang yang mempunyai agama.

sedih sebenarnya bila terbaca tentang kes pembuangan bayi sekarang, bukan 1 ataw 2, ia terlalu banyak sampaikan saya pon memaki hamun si pelaku bila terbaca pasal ni. huhu. anak muda mudi sekarang dah terlalu banyak yang menyimpang, pernah 1 hari saya dengan housemate ni lepak2 kat pantai Teluk Cempedak, kuantan overnight. apa yang menarik kat sana? kawasan yang cantik, ramai pengunjung, sesuai nak buat melepak, (pandang ke lawot). hehe.. malam tu kami buat BBQ kat tepi pantai, dari jam 5 petang ke 9 malam, nampak lah keluarga yang datang, mandi2, picnic berjalan2 tepi pantai, apa yang mengejutkan apabila menginjak jam 12 tengah malam, hanya kelihatan muda mudi, student majoriti kat sana, berpasangan, peluk2, cium2, seolah2 sekeliling mereka tak ada orang yang memerhati. yang minum air sakit tekak jangan cakap la. penuh kat tepi pantai. hotel2 murah penuh malam minggu dijadikan tempat meluahkan nafsu masing2.

apa yang jadi?  Lu Pike la Sendiri..

baru-baru ni masuk paper kes tentang pelajar sekolah menengah buang bayi dekat hospital, tergamak nya dia buat macam tu, bayi tu tak ada dosa, suci bersih, bayangkan lah bayi yang comel tu terperosok dalam tong sampah, dihurung ulat, lalat, Ya Allah. Saya pon tak taw nak cakap macam mana lagi.

mana si lelaki yang menghamburkan air mani dalam rahim budak perempuan tu? hilang kan? selalu jadi macam ni. bila sedap, janji ditabur, hidup bersama selama-lamanya, susah senang bersama-sama, tapi janji tinggal janji. bila perut da membesar, c lelaki hilang entah kemana. dimanakah rasionalnya? siapa yang patut dipersalahkan? ibu bapa? c lelaki ataw perempuan itu sendiri?

Mak ayah hantar kita untuk belajar, timba ilmu sebanyak mungkin di tempat orang agar mejadi insan berguna kelak. bayangkanlah bagaimana kecewanya mereka bila mereka tahu anak mereka begitu. Ditatang bagai minyak yang penuh, dimanja, dijaga dengan penuh kasih sayang, hasilnya, anak mereka mengandung anak yang tak diketahui siapa bapanya. Setitik air mata ibu jatuh, neraka siap menunggu membaham kita.

Alhamdulillah saya masih waras untuk berfikir. ada satu ketika seorang hamba Allah ni berkata, "ko cret je awek ko kalau sayang die." istighfar, mengucap dengar. Ya Allah, walaupun saya sangat sayangkan dia, apa yang saya nak buat untuk tunjukkan kasih sayang saya bukan dengan cara sebegitu. Pandangan saya terhadap c dia tak pernah telintas ad simbol "sex" padanya. apa yang saya terapkan dalam hubungan, jujur, ikhlas yang isthiqamah. saya niatkan dalam hati setiap pagi selesai subuh, "Aku sayang dia kerna Allah Taala."

Jadi, adakah perhubungan sekarang ni hanya berlandaskan nafsu semata-mata?
Dimanakah iman, islam yang kita pelajari selama ini?
Tiang agama mereka pasti dah runtuh.
Jadi adakah kita patut diam dan lihat?
Astaghfirullah halazim.
DUNIA AKHIR ZAMAN.





Wednesday 12 September 2012

Bezanya Mat Rempit Dan Mat Moto~

Assalamualaikum,, Selamat pagi.. :) moga sihat selalu lah hendaknye. Amin..

Hari ni terniat nak bukak entri pasal n. Serius sebagai seorang pengguna jalan raya, lagi la sy ni bawak moto.. (tak mampu nak beli kereta lagi.. kumpul2! =.=") saya juga terasa bila ada dikalangan masyarakat melebel kami ni mat rempit. sedih taw~ huhu..

diatas jalan raya, semua adalah sama, baik penunggang, mahupun pak polisi~ ampun! hehe.. tapi ada perbezaan antara mat rempit dengan mat motor sebenanya.

kite selalu klasifikasikan orang yang menunggang secara berbahaya, melulu, menonong dan sebagainya, bagi sy sndiri tu betul. sebab sy pon bekas mat rempit.. ~hello.. ex taw.. bekas.. tupperware~ hehe..
Tetapi, Mat moto pulak adalah kami yang menunggang dengan penuh berhemah, berdedikasi,dan segala jebis "ber" lah. huhu..

mat rempit dengan mat motor ni berkongsi minat yang same sebenarnya.. jentera 2 roda yang cume diisi dengan beberapa jenis kemampuan yang berbeza, ada yang 2 stroke, ada yang 4 stroke, ada yang 100cc, 125cc,135cc, dan juge 150cc. yang keatas tu da kire superbike. kami belum mampu.. huhu..
macam entri sy yang lepas, kami pon suke solek motor sendiri, lagi lawa, lagi lah orang pandang kan? tapi tanggapan masyarakat memeng tak pernah lari dari memandang serong kami2 n. asal moto lain je dari biasa dia lihat, contohnya, coverset moto yang jarang kite lihat. (selalunya pemilik honda. suke pakai coverset motor yang same diluar negara, so kaler, stiker lain.. ) kami dituduh mengubahsuai spesifikasi motor tu sendiri. awak-awak diluar sana, kami cume tukar coverset moto, boleh laju ke moto tu? haish.

saya sendiri penah kene macam ni, satu hari saya nak anta moto saye ke bengkel, skru bahagian muncung ekzos moto saye longgar, kene tuka skru baru, jadi bunyi moto agak memekak sikit la mase tu.. semasa tengah nak hantar moto tu, saya singgah isi minyak, ape yang menyakitkan hati, ada makcik yang isi minyak kat sebelah saya pandang saya n macam sampah masyarakat, pakcik yang jaga pum minyak tu pon same, die siap pesan lagi sebelum ku blah, "bawak bertaubat la dek, kang mati katak tengah jalan tak ade sape nak kutip badan kau".. terkelu, terdiam. rase nak hentam pakcik tu pakai helmet. die ingat kite ni sape die cakap macam tu?

tapi yang bagusnya sekarang ni sejak tertubuhnya kelab2 motor diserata malaysia, yang aku tau, ada beberapa kelab motor yang selalu buat konvoi, berjalan beriadah, disamping tu berbakti kepada masyarakat sekeliling dengan buat gotong royong dan sebagainya. kelab2 moto yang boleh kata besar dalam malaysia ni.. Team Yamalaya, HWC, COE, macam2 group yang lain. mereka ni mengumpulkan budak2 motor dari seluruh malaysia berkumpul, kenal2 sesama sendiri, bertukar2 pendapat, komen dan sebagainya. benda ni positif tapi tak ramai orang tau. asal konvoi je merempit, konvoi je merempit. sakit hati ni denga.

tapi sekarang juge ada dikalangan mereka yang menaja kelab2 ni mase dieorang wat event. macam HWC,  Syarikat honda malaysia, Boon Siew sendiri menaja, Faito, sinnob. banyak lagi lah. kelab lain pon same, menunjukkan bertapa mereka menyokong kelab2 ni untuk mengubah persepsi masyarakat terhadap mat2 moto.

Macam Presiden HWC, Pidowt cakap, We Are Born To Be United,
Macam Presiden Yamalaya cakap, Kami Penunggang Bukan Samseng Jalanan (edit sikit.. lupelah~ hehe)

Jadi? mungkin apa yang sya katakan dalam ni salah dan bertentangan dengan pandangan orang lain. tapi kami penunggang, bukan semua penunggang2 ni mat rempit, kami ada MARUAH yang perlu kami jaga, pelihara. Jangan pandang kami sebelah mata.

kalau ada perkataan juga kata2 yang mengguris hati, timbul ketidak puasan hati, 10 jari disusun memohon maaf.

Assalamualaikum. :)




Terima Kasih :)

Assalamualaikum, Selamat malam. :)

Mula-mula sekali ucapan beribu terima kasih kepada abang Ben Ashaari sebab masukkan saye blog baru pilihan~..

Untuk seseorang yang baru nak berjinak-jinak amat lah terasa dibantu, dibimbing untuk kebaikan di kemudian hari.. Jutaan Terima kasih.. :)


Saya hargai sepenuhnya nasihat mereka yang perihatin membantu, terima kasih.. :)

*Pendatang baru tunduk hormat kepada senior2 sekalian..

pisss :)






Aku,Dia, sebuah cerita.

Assalamualaikum..

Entah kenape, hari ni terase sayu je. Tengah hari tadi makan, (nasi lemak pagi tadi panaskan je. huhu) tak sampai separuh, dari lepas raye. i'm totally lost my appetide. Banyak mase aku abeskan melanguk, termenung sorang. (mentang2 duduk tepi pantai~) tapi seriously i feel like damn alone.

aku ade kenal sorang awek ni. Asal dari tempat aku belajar kat kuantan. Trully 1 kelas. hehe. Aku tak pernah dalam hidup ni boleh berkenan dengan someone just in 1 day. huhu.. first day masuk dalam kelas mase nak daftar kursus, mata aku lekat kat die trus. macam ade someting pade die yang wat aku tak boleh alih pandangan aku pada die. then start hari tu aku mula terpikat. hehe.. tapi damnly aku ni pemalu, so aku rase its better just like in silent way, (tak berani sebenanye)~ hehe.. then c die ni rapat dengan membe aku, first time jugak mase tu, walaupun aku tak pernah bertegur sapa dengan dia, aku rasa jelous menerubus dalam diri. puas aku cube nak berfikir kenape. but no answer. and then aku amek keputusan untuk perhatikan die.

ape yang aku bole cakap she is the sweetest one in my class. walaupun ad yang cantik2, tapi aku suke nature at her face. hehe. a happy go lucky gurl, lagi satu panas baran. perangai mirip lelaki pon ade kadang2. huhu.. she seems perfect in my eyes. kerana hati ni dupdapdupdap nak jugak kenal die, aku beranikan diri msg die. (  tu je yang aku mampu~) hehe..

every night, after solat isya' aku akn anta msg "hi" kat die, mase nak anta msg punye lah merah muke ni. huhu.. Ya Allah, segannye Kau jelah yang tau. but everything goes smooth and then satu hari die ajak aku keluar tengok wayang. terase nak terkeluar jantung ni die punye detap mase tu. out? just 2 of us? then die kate. "yelah. dah tu dengan sape lagi?" so kitorang kua that petang, lepak dalam mall, i treat her meal and she belanje tengok wayang. huhu.. first time dalam hidup x penah g tgk wayang wif gurl bedua (yelah aku anak kampong~) dah balik tu baru terfikir, we just kenal by one week, da kua date? mase tu da mule melalut~

start from that, kami jadi rapat, walaupun just kawan, tapi orang lain tengok macam kami ni pasangan. huhu.. sebab malas nak cakap lebih ku just diam je.

naik sem 2, kawan2 kelas mule tanye, "Aidil ko serius ke dengan *****?" bukan sekali tapi sampai muak denga.. huhu.. then ku just bagi jawapan. "Aku tak serius nak kapel nan die tapi aku serius nak jadikan die pasangan yang sah disisi agame" hehe.. membe2 aku seme terdiam. lurus kan aku? hehe

banyak yang aku lalui dengan die sepanjang 1 taun kami kenal mase tu. gaduh jangan cakap. puncanye aku sendiri, aku dah cube ubah seriusly tapi aku orang yang sangat2 kuat cemburu, sampai kadang2 aku rase dah tak larat nak teruskan. tapi entah kenape, kami balik semula rapat. itu yang aku suke, hehe. kami tak pernah kaple its the fact. banyak kali da aku cube lamar die, tapi ditolak. macam2 alasan aku dengar, dari die sendiri, juge dari kawan rapat die. kawan2 die kate die still sayangkan ex die, die kate die tak nak aku kecewa walau die cakap die sayang aku. hm. kalau kami gaduh, die suke cakap macam n, "sebab tu lah i tak nak terima u. sebab perangai u". huhu.. rase nak je cakap "i x kesah u x nak terima i, tapi i nak u jadi isteri i!" but it always happen. kelu lidah n nak cakap.

naik sem 3 aku nampak that relationship makin kuat. once mase tu nak sampai bufday die. aku baru tuka fon mase tu, die suke sangat tengok fon aku tu. die pon ngadu fon die da banyak masalah, aku hanya mampu tersenyum dan ajak die g cari fon baru. aku cutting2 dengan die beli fon yang same dengan aku. fact die suke cakap die nak something yang same untuk kami. then aku belikan die jam. jam x de lah mahal tapi jam kaple. aku satu die satu. die cakap terharu mase dapat jam tu. meleret aku senyum sepanjang hari hehe.. start tu, dah mule pegang tangan, seriusly terase sangat bahagie. hehe. nak buat macam tu setiap kali kami go out date. but malu~ (oh malu.. kenape ko jd batu penghalang) hehe...

sem 4 kami praktikal, die di kuantan aku kat PD. jauh. hari last kami jumpe kami keluar g tengok wayang. sepanjang kami kua, aku kelu sangat2. banyak nak cakap kat die. (yelah pas ni jarang jumpe). buduh je rase. x gentle langsong. huhu. sebak gile rase, berat hati ni nak tinggalkan die wat mase yang panjang. tapi atas sebab tanggungjawab terpakse. huhu.

naik sem 4 tak taw kenape semue bende jd agak tunggang langgang. mungkin sebab perangai aku ni kuat sangat cemburu, kami selalu bertengkar. satu hari mase bulan puasa, abah jatuh sakit, stroke. terkejut, kelam kabut aku call die pagi tu, die nangis. aku marah diri sendiri sebab tak mampu nak wat ape2. then another week aku mintak leave aku balik kuantan lawat die. lawat abah, lege hati ni nampak die. sangat2 lege. nak je peluk dak tu. tapi kat hospital, depan mak die pulak tu. ade yang kene pijak laju2 kang. ehe. g lawat abah, then bcekn alfatihah, nampak dari raut muke die yang die sedih sangat2. aku tak mampu nak wat ap2. kenape? huh. keesokkan hari g umah die. first time jejak rase kekok sangat2. hehe. nak balik tu nmpk die macam nak nges. (habit die suke tahan tangis). rase lagi nk peluk die. hehe.. jangan!!! n so tu last kami jumpe.

then raye ke 3, Abah kembali ke rahmatullah. Innalillah wa innalillahirajiun. sedih sangat tak dapat jumpe die, fam die, abah wat kali terakhir. esok da kije, aku tau die nanges tp die x nk cakap. and 1 more time. i dunno wat to do! aku nak pujuk die, bg die semangat, aku cube call, msg tp die tak reply, aku sangat2 risau. aku tak boleh buat ape2. ape yang aku mampu just stalk her by her fb account. sangat2 sedih bg pihak die. sangat2 risaukan die. tak pernah rase serisau ni hari2. hurm.

then sekarang rase sangat2 jauh dari die. dah tak macam dulu. aku taw mase ni die perlukan orang untuk berkongsi kesedihan, aku tawarkan diri, tapi nmpak die tak pilih aku. apekan daye. silap aku sendiri jugak kan? she's gotting very2 slow wif me now. rindu die sangat2. sangat2.. sangat2.. aku nk die balik macam dulu. tak de die hidup aku sunyi. dah tak ceria macam dulu. aku dah tak ade tempat mengadu.

Awak, kenape jadi macam ni?
saye sangat2 perlukan awak.
terase kosong sangat2.
sangat2.
maafkan saya.
saya insan biasa.
i'm totally coward.
Shit!



membebel~ =.="


Assalamualaikum.. hope sihat-sihat lah semua hendaknye. amin~

Petang ni nak cerite pasal diri sendiri lah. huhu.. its about my self. Ape kaitan dengan tajuk entry? haaaa.. ntah? hehe..

Seriously hidup berjauhan dengan keluarga, lagi pulak tempat tu sangat asing bagi kite, mampu mengajar kite mengenal ape tu erti kehidupan yang sebenar.

My colleague always ask me a question sepanjang ku praktikal kat sini.
"blaja dekat mane? asal mane?"
 opkos la ku jawab mcm n..
"blaja dekat poli kuantan, asal johor bang."
then mereka macam ternganga, (tutup cepat nnt masuk lalat~)
diorang kate, "tahan ko eh macam n jauh ko bjln?"

The truth is, ape yang ku tanamkan tekad dalam diri, pegangan ku, selagi ada hayat dalam diri, aku akan merantau, aku nak kenal macam mane hidup jauh dari keluarga, sometimes berseorangan. aku nak belajar berdikari, berdiri atas kaki sendiri, biar pon sekarang ni ku still stady, jauh dah ku jalan, macam2 tempat ku pergi, macam2 orang yang aku jumpa. dari situ aku boleh kenal budaya, sikap orang2 di sesetengah tempat.

aku bukan lah baik sangat pon. tapi aku suke berkawan dengan semua orang, dari si nerd, hingga ke kaum kerabat diraja. (negeri mana tu rahsia~) heh.. aku da jumpe macam2 orang, dari mat rempit, hingga ke orang yang main kereta, yang those who smoke to mat pit. dari yang minum air suam hingga ke air perit tekak, aku kenal semua orang2 ni.

BUT. alhamdulillah aku masih lagi tak terjebak dengan bende2 yang tak elok. tak kire dari segi agama, mahupun masyarakat. even ade orang tu cakap pada ku. "aku respect ko dil, ko rapat dengan orang yang da jauh menyimpang, tapi ko tak ikot diorang" huhu.. sikit perasaan bangga timbul mase tu.. kenapa ku macam tu? bukan ke orang kate kawan tu influence yang paling baik untuk kite ikot?

jawapannya Tidak sama sekali jika kita dah tetapkan iman, pendirian dan kite tekad. mule2 skali mase aku jejak kaki keluar dari rumah setiap hari, aku nak jadi orang yang berguna satu hari nanti. aku tak nak nikmat sementare ni wat aku terseksa sepanjang hayat aku nanti.

My Mom sakit. seriously, breast cancer. pertame kali aku dengar berite tu rasenye dunia ni nak runtuh hempap aku. semua orang tau sakit tu boleh bawak maut. malam2 aku selalu buat solat hajat mintak Allah S.W.T sembuhkan mak. mase tu downnye aku Allah saje yang tahu. but aku sentiasa senyum buat macam tak ada apa2 yang berlaku. tapi bile aku sorang2 aku tetap menangis. Then 1 hari mak call. mak cakap nyawa kita ni hanya pinjaman, apa yang kita ada ni adalah satu bentuk pinjaman. tak ada satu pon milik kita, kita pinjam dari Allah S.W.T dan kita akan pulang kan balik satu hari nanti. mak cakap jangan sebab dia aku tak boleh tumpu stady, jangan sebab dia aku gagal dalam hidup. mak tak nak die jadi beban kepada anak2 die. malam tu aku pergi pantai balok, aku meraung sekuat hati. then. aku rase aku keseorangan. mase tu baru aku sedar macam mana peritnya idup jauh dari keluarga.

Jadi aku tetapkan 1 lagi tekad. apa pon jadi, another 4 years aku tak nak jadi macam ni. another 4 years aku akan make sure kewangan tu bukan lagi 1 masalah bagi kami.

Apa yang berlaku hari ni adalah pengajaran agar kita tak buat lagi pade mase hadapan. biarpon sangat sakit tapi tak ape. i'll try my best. out of my best. aku percaya aku mampu berjaya. insyaallah. Chaiyo!

cerita aku memang banyak tergantung~~ hehehe

Tuesday 11 September 2012

Widget~


Assalamualaikum~

huhu..

Hari ni rase sangat-sangat penat perut ni tahan ketawe... hadui..

2 Minggu bukak akaun Blog sendiri cari widget untuk Followers tak jumpe-jumpe (nampak sangat noobnye~) hakhak..

adui.. agak malu, sebab budak darjah 6 yang tolong ku watkan bende tu.. hehe.. maap dek. abam ni bute IT.. hehe..

Adui.. merah padam muke ni weh~ yuhhu.. hehehe...

dah2.. da puas ketawekan diri sendiri, nk nyorok tak nak jumpe org pulak.. haha.. i'm Trolled by standard 6 student~

YAHHA!!!

Sunday 9 September 2012

Motorsikal? Macam mane nak nilai tahap kekayaan?



Assalamualaikum dan selamat sejahtera lah hendaknye.. syukur dengan hikmahnya kita masih bernafas hari ini.. huhu..

Topik hari ni padan lah kot dengan tajuk dekat atas tu.. huhu..

Macam Mane nak Nilai Tahap Kekayaan Seseorang dengan hanye Motorsikal??

Ramai orang kate yang mat moto ni miskin tak ade duit nak beli kereta? (perempuan adalah majoriti yang cakap macam n) Btol kn? haha..

actually, kalau diperhati betul2,, budak2 moto ni tak de lah sengkek sangat pon.. masing2 ad minat kan? bia ku bagi contoh la senang.. huhu..

anggaran harge kereta MyVi sekarang dalam RM4+,+++ ( kalau tak silap la). kereta ni da cukup market bg muda mudi sekarang n.. huhu.. die punya kembang ade kereta ni emhh.. nallek gile~ haha..

oke. dah2.. karang ke lain pulak.. huhu.. bagi mat moto pulak kite bagi die moto RXZ.. (raja Motor Kapcai Malaysia taw).. huhu.. meh wat kire2..
harga moto RXZ sekarang around RM13,+++ sebuah. mahal? sebab dah tak ade keluaran da moto n.. mane nak cari 13K dek oi? huhu..


selalu kalu org da beli kereta paling koman pon tuka sport rim je. tu pon sbb tak mampu. sport rim baru takat 1-2 ribu je.. kn?

kalau budak moto,, diorang sanggup abes sampai 5K semate2 untuk sport rim sahaje? mahal? untuk kepuasan tak ape. jangan ingat barang2 sparepart moto takat 2-3 ringgit je taw.. haha.. kerete 2K dapat 4 biji, moto 5K baru sepasang je? so?

tu baru sikit. budak2 moto sekarang tak cukup kalu setakat hanya abes untuk sport rim sahaje.. banyak ag nak modi n.. huhu.. suspension and braking system pon kene la tuka bagi mantap gitu..

Suspension jenis brand Showa.. die ade 3 Spec.. Spec 1, 2 and 3. ade lagi satu Showa Crown.. mane dapat suspension n? superbike la.. huhu.. engat moto kapcai tak boleh pakai barang superbike ke? suspension die sahaje da cecah paling koman 1.3K untuk spec 3. kalu Showa Crown? skali ganda harga spec 3? yang baru sekarang n barang Ohlin.. yg ni jangan cakap lah kalu die jual around 1.8K ade orang nk beli lagi. huhu..

Braking system? peh ni kalau nmpk kat moto.. Ya Allah,, meleleh~ haha..
paling busuk sekarang orang pakai brembo. busuk ke? haha.. busuk tak busuk la kalu setakat pump atas org jual dekat 1K seunit. haha.. kepada para2 perempuan sila kan untuk ternganga seketika.. haha.. itu baru brembo.. Nissin? Tokico? Aprillia? pike sendiri.. huhu..


motor kurang market kalau tak ade kaler crhome kat motor die.. huhu.. peh.. die punye kilat jangan cakap. kalah pak haji botak sebelah rumah ku.. haha..

helmet is another one. haha yang ni jangan dibuat main nanti ade yang cari aku kalau salah cerita.. huhu..
there are 2 brand helmet yg tengah jadi rebutan dipasaran.. diperkenalkan Arai dan Shoei.. huhu.. helmet n kalau ku ade ku sarung kat kepale je tak nak bukak.. sayang woo~ haha.. untuk Arai ni harge die tak ade lah mahal sangat kot.. ala helmet je.. huuhu.. paling rendah sekarang ada dalam 1.2K hingga yang paling tinggi setakat ni around 8K sebuah. murah kn? haha.. untuk shoei ni aku kurang sikit sebab market die baru lagi dikalangan budak2 moto.. huhu.. paling murah yang aku nmpk sekarang dalam 1.5K hingga lah ke 10K paling tinggi.. kenape mahal sangat? tanye la mat2 moto diluar sane.. haha..



Sudah2!! jangan seksa mataku~ huhu.. n kalau jual n kaye aku..
thats is just aksesori.. kire la sendiri brape harge semua tu. itu baru sikit. aku sendiri pon tak mampu sumpah! haha.. ade yang abes sampai beriban-riban untuk motor die.. untuk ape? haha.. ni Tagline budak2 moto sekarang... "RARE AND LIMITED IS OUR PRIORITY".. huhu.. yeah!

so budak diluar sane tak kire lah lelaki ataw perempuan, jangan lah pandang rendah budak2 moto sekarang. mereka juga ada maruah, mereka juga manusia, semua same. jangan samakan kami Budak2 moto dengan mat rempit. budak2 moto masih ade sikap berhemah dijalan raya taw? haha.. kalau setakat fly tu biase la nk test jentera masing2 diatas highway.. laju tak laju.. kan? haha..


aku pon da tak taw merepek ape hari ni.. masuk kije pon da basah kuyup ujan pulak mase otw ke tempat kerja sebentar td.. huhu.. sejuknye.. uhuhu.. anyway Majulah Budak2 Moto demi Negara.. hikhik.. assalam...

Wednesday 5 September 2012

Blackberry~



                                         ~~ASSALAMUALAIKUM~~


Selamat pagi dan salam sejahtera hendaknye lah ye.. 

yawn~~ (ngntuknyer).. huhuhu... amekaw tido lambat mlm td kn sape soh~

sesuai dgn entry kali n tajuknye BlackBerry atw lbih mesre dgn name BB..

ku x taw ap mcm mane dan bagaimana natam ni le jd kegilaan anak2 muda skrang n.. kalu dulu2 biase kite tengok paling ganas pon dak n pkai Nokia N-series.. rase dak tu mmg kaye.. (wet mak bapak je sbenanye)
TETAPI,, belambak la sekarang (nk senang cite) dak2 yg pkai BB n.. huhu.. x terkecuali diri sendiri..

pernah kua berite ad ure2 BB n nk diharamkan penjualan kat Malaysia bumi tercinta n sbb para-para pengganas (bukan para2 sakura taw. huhu) berhubung dgn menggunakan BB.. kenape?

sebelum sekarang kebanyakan line komunikasi x la sgt layee line BB n.. huhu.. tol ke? ntah. line BB atw B.I.S,, merupakan satu2 nye line yg fon lain x le gune, kire utk BB dan BB sahaje le gune, BlackBerry masanger(massage?) atw BBM yg korang kate free tu sbenanye gunekan B.I.S dan bukan line maxis or celcom or digi or bende2 lah~ hoho. so sblum liner2 komunikasi (bedal je) n provide servis BIS, line n x secure, x d kuatkuasa, x d pemantauan dr org yg sepatutnye memantau line komunikasi mcm die wat kat maxis, celcom, digi dan line2 lain.. so org2 yg suke nk mengganas n gune BB utk merancang taktik, stategi diorang nk bom sane sini.. (kije sape lah n..)

TETAPI, tu dulu.. huhu. sekarang da x dah..
syukur dgn concern org yg patut ala berpatutan gitu, BIS is declare by safe to use.. huhu..
sekarang da belambak dpasaran fon BB nih, mane je pegi ad natam n.. huhu. kalu kat luar negara, HTC (2010 rasenye) paling ramai org gune, kat Malaysia n BB paling top kot.. huhu.. kalah 33 seposen.. huhu.. majoriti pengguna BB is student.. x cye? p tgk.. huhu.. lame da perati dak2 n.. huhu.. asal dpt wet PTPTN je mst ad fon baru.. kaye dak2 n rupenye..

tengok kat fb je mst ad via BlackBeryy smartphone kat bwh status dak tu. nyampah~ huh. makin hari makin ramai kot mcm tu.. huhu.. tweet pon same, mane2 pon same.. huhu.. *sendiri pon wat mcm tu.. kehkeh..

seriously best pkai bb sbenanye.. dimana mu jua ad internet dkat dgn kamu.. huhu.. (bapak balunye ayat). senang nk repot if nk bunuh diri pon kat mane kite brade.. contoh,, aku nk bunuh diri,, jgn cari aku!! -at flat angsana tingkat atas skali",, haha.. mcm buduh pon ad.. adoi. x paham..

TETAPI,, tu dulu,, mase tu agak budak2 ag x matang.. (19 tahun x matang. pui~) mane je pg update status. haish.. malu weh bile pike balik kan, ntah ap2.. huhu.. agpon skrang da x pakai BB lagi dah. malas nk baya BIS servis RM 20 sebulan. da la student ag.. huhu. harap wet mak bapak je.. x sampai at nk susahkan diorang, so jual BB ku.. bia la pkai fon biase, jnji boleh wat telefon dan mesej.. cukup!

banyk lg nk cerite psal BB n.. kalu bg satu ari pon x abes kot.. huhu.. sekadar 1 perkongsian, terase? dulik pulak aku.. huhuhu.. maaf silap salah,, Assalamualaikum.... :)

          
                                ~keberlambakan penjualan BB dipasaran.. huhu~

Tuesday 4 September 2012

Kawan



Kawan, friends, teman, partner..
ap maksud benda ni sebenarnya..

mak selalu ckp. utamakn keluarga dari kawan. seriusly mase kecik tak faham.. (budak lg kot)
TETAPI...

apabila dah meningkat dewasa, dah mula belajar hidup sendiri, jauh dari keluarga, baru ku faham ape maksud mak sebenarnya mase dulu.

ni yang nak cite n.. huhu~

memang beul kate orang. kawan mase senang memang ramai. ( x bole dinafikan).. akan tetapi,, kawan mase susah hakikatnye tak ade.
bende ni jadi perbualan orang, persoalan, tetapi acap kali diajukan x ade jawapan..
The question is WHY????? (wat gaye Horatio-CSI miami)


                                                    (minat die nih.. bapok cool aeh~)

senang kate mase kite berduit.. bukan main suke lg diorg dgn kite.. kemane je ad teman, g banda, masuk mall, makan, hatta nk g bilik air pon kalu bole diteman.. huhu

tapi kan,, peliknye bile kite susah, sempit je rase, bukan nk mintak kawan tu duit pon.. tp diorang mcm tak de. buat endah x endah je.. peh rare membe gini weh~ huhu. rase nk sepak laju2..

TETAPI lg,
syukur Alhamdulillah kalu ad diantare kawan tu ade kawan karib (kadang2 kawan karib pon x le pakai). hidup mati bersame la senang kate.. x kire senang susah same2.. tapi sekarang n sangat2 susah nk dpt kwn mcm n.. susah sgt. kalu in calculation dlm 1 per 100 000 org. kadang2 jeles tgk org ad kwn mcm n.. tp nk wat mcm mane? x kan nk g kat budak tu ckp kat die " weh jd kwn karib ku lah".. sies makan maki je nanti.. hehe..

tp betul lah kate mak.. x kie susah ke senang, tampat paling best nk ngadu, bermanje adlah keluarga sendiri.. enjoy beb,, sies.. x cye g try.. agak x le trime g mam***.. hoho.. sori gurau.

bnyk da ku bebel dlm n.. tp x d satu pon yg menusuk kalbu kot? hehe.. memalut ditengah hari.. lapa nasik ayam nih.. huhuhu..

ap2 chiau dulu, sori bc.. hehe.. jaa~

Sunday 2 September 2012

Selamat Tengah Hari, Assalamualaikum



hYE,,

Welcome Aboard..

huhu.. first time blogging.. waah jakunnye.. ( dah lame idup bru nk open blog sendiri )..
slame n asyik bce blog-blog org.. terdetik dlm hati nih.. "best pulak"~

hoho.. so n baru nk jinak-jinak..

so niCE to meet u, and say HI!

zzZZzzZzz..


Seda kalu pekene roti canai nih.. huhuhu~