Wednesday 12 September 2012

Bezanya Mat Rempit Dan Mat Moto~

Assalamualaikum,, Selamat pagi.. :) moga sihat selalu lah hendaknye. Amin..

Hari ni terniat nak bukak entri pasal n. Serius sebagai seorang pengguna jalan raya, lagi la sy ni bawak moto.. (tak mampu nak beli kereta lagi.. kumpul2! =.=") saya juga terasa bila ada dikalangan masyarakat melebel kami ni mat rempit. sedih taw~ huhu..

diatas jalan raya, semua adalah sama, baik penunggang, mahupun pak polisi~ ampun! hehe.. tapi ada perbezaan antara mat rempit dengan mat motor sebenanya.

kite selalu klasifikasikan orang yang menunggang secara berbahaya, melulu, menonong dan sebagainya, bagi sy sndiri tu betul. sebab sy pon bekas mat rempit.. ~hello.. ex taw.. bekas.. tupperware~ hehe..
Tetapi, Mat moto pulak adalah kami yang menunggang dengan penuh berhemah, berdedikasi,dan segala jebis "ber" lah. huhu..

mat rempit dengan mat motor ni berkongsi minat yang same sebenarnya.. jentera 2 roda yang cume diisi dengan beberapa jenis kemampuan yang berbeza, ada yang 2 stroke, ada yang 4 stroke, ada yang 100cc, 125cc,135cc, dan juge 150cc. yang keatas tu da kire superbike. kami belum mampu.. huhu..
macam entri sy yang lepas, kami pon suke solek motor sendiri, lagi lawa, lagi lah orang pandang kan? tapi tanggapan masyarakat memeng tak pernah lari dari memandang serong kami2 n. asal moto lain je dari biasa dia lihat, contohnya, coverset moto yang jarang kite lihat. (selalunya pemilik honda. suke pakai coverset motor yang same diluar negara, so kaler, stiker lain.. ) kami dituduh mengubahsuai spesifikasi motor tu sendiri. awak-awak diluar sana, kami cume tukar coverset moto, boleh laju ke moto tu? haish.

saya sendiri penah kene macam ni, satu hari saya nak anta moto saye ke bengkel, skru bahagian muncung ekzos moto saye longgar, kene tuka skru baru, jadi bunyi moto agak memekak sikit la mase tu.. semasa tengah nak hantar moto tu, saya singgah isi minyak, ape yang menyakitkan hati, ada makcik yang isi minyak kat sebelah saya pandang saya n macam sampah masyarakat, pakcik yang jaga pum minyak tu pon same, die siap pesan lagi sebelum ku blah, "bawak bertaubat la dek, kang mati katak tengah jalan tak ade sape nak kutip badan kau".. terkelu, terdiam. rase nak hentam pakcik tu pakai helmet. die ingat kite ni sape die cakap macam tu?

tapi yang bagusnya sekarang ni sejak tertubuhnya kelab2 motor diserata malaysia, yang aku tau, ada beberapa kelab motor yang selalu buat konvoi, berjalan beriadah, disamping tu berbakti kepada masyarakat sekeliling dengan buat gotong royong dan sebagainya. kelab2 moto yang boleh kata besar dalam malaysia ni.. Team Yamalaya, HWC, COE, macam2 group yang lain. mereka ni mengumpulkan budak2 motor dari seluruh malaysia berkumpul, kenal2 sesama sendiri, bertukar2 pendapat, komen dan sebagainya. benda ni positif tapi tak ramai orang tau. asal konvoi je merempit, konvoi je merempit. sakit hati ni denga.

tapi sekarang juge ada dikalangan mereka yang menaja kelab2 ni mase dieorang wat event. macam HWC,  Syarikat honda malaysia, Boon Siew sendiri menaja, Faito, sinnob. banyak lagi lah. kelab lain pon same, menunjukkan bertapa mereka menyokong kelab2 ni untuk mengubah persepsi masyarakat terhadap mat2 moto.

Macam Presiden HWC, Pidowt cakap, We Are Born To Be United,
Macam Presiden Yamalaya cakap, Kami Penunggang Bukan Samseng Jalanan (edit sikit.. lupelah~ hehe)

Jadi? mungkin apa yang sya katakan dalam ni salah dan bertentangan dengan pandangan orang lain. tapi kami penunggang, bukan semua penunggang2 ni mat rempit, kami ada MARUAH yang perlu kami jaga, pelihara. Jangan pandang kami sebelah mata.

kalau ada perkataan juga kata2 yang mengguris hati, timbul ketidak puasan hati, 10 jari disusun memohon maaf.

Assalamualaikum. :)




No comments:

Post a Comment